Salam Aidiladha dari Reen Abdullah sekeluarga
Friday, 31 July 2020
Dia Sebenarnya...
Lebuhraya Persekutuan…
Dia juga harus berterima kasih DJ radio yang sudi memberi maklumatkan kesesakan.
Dia memandu dengan tenang menyusuri arus sehingga susur keluar Jalan 51A pengguna Jalan Raya di kejutkan dengan bunyi tembakan.
Disusuli siren polis dan helikopter terbang rendah memberi pengumuman
Dalam suasana cemas dan panik dengan pengumaman dari helikopter, ada yang melakukan imegensi brek melanggar bamper kereta di hadapan saling berlanggaran, tidak terkecuali Ardila.
Aksi yang jarang-jarang sekali dapat dilihat secara lansung oleh rakyat Malaysia. Mereka tidak memperdulikan amaran dari helikopter.
"Allah lambatlah aku sampai office ni". Rungut Ardiela lagi.
" Sir...sorry I should be late, polis buat kerja di highway ni. I terperangkap dalam kesesakan.
"You di mana heart, I hantar escort pickup you"
"Ooo, I di federal Highway, berhampiran susur ke SS51A Petaling Jaya".
"Roger berita faham, habis".balas Chif Ariff.
Bandar Klang utara…
Superbike di tongkat,
“Apa yang kau buat Amir? Kerja senang tu pun kau tak boleh buat ke ha! aku harapkan kau orang kepercayaan aku buat kerja ni.
“perempuan tu betul-betul licik Leman.
Sejak zaman persekolahan tidak ada istilah gagal dalam kamus hidupnya dia antara pelajar berjaya dalam semua peperiksaan besar, Cuma sikapnya suka melakukan sesuatu orang lain elakkan dan suka mendapatkan wang dengan banyak antara sebab kenapa dia terjebak dalam dunia gelap.
Dunia gelap jangan sesekali cuba dekati,
-ra-
Dia Sebenarnya..
“kenapa kamu berdua kenalkah dengan suspek tu?” soal Mejar Lutfi,
Tumpuan mereka kembali kepada hologaram yang masih terbina, tekun dengan pencerahan mereka ditugaskan dalam satu platun, Mejar Lutfi ditugaskan ketua platun dan dibantu Andy.
-RA-
Thursday, 30 July 2020
1441 Hijrah Hampir ke Penghujung
Salam Aidiladha
Tinta kali ini sekadar renungan untuk diri sendiri. dalam sedar atau tidak tahun Hijrah ke 1441 kini telah menginjak ke bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kelender Islam.
Banyak suka duka kita lalui sepanjang tahun yang penuh mencabar dan ujian kita sebagai umat islam.
Ujian paling besar kita lalui seluruh dunia Allah turunkan tenteranya sekecil-kecil makhluk virus dari keluarga Corona menguji keiman dan ketakwaan sehingga kini belum ada negara yang mampu keluar dari perangkap virus 100%.
sehebat Amerika Syarikat masih belum mampu menangani COVID19 , tidak seperti dalam filem-filem terbitan mereka malah kes pesakit positif dan kematian terus meningkat.
Di Malaysia kita masih beruntung dan bersyukur, kerana mmpunyai pasukan barisan hadapan yang tidak kenal lelah menangani kes-kes Covid yang saban waktu ada pesakit yang dirujuk pada mulanya.
Alhamdulillah dengan kebijaksaan pahlawan-pahlawan COVID 19 di pimpin Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah dan disiplin kita sebagai rakyat sabar menjalankan printah MCO akhirnya berjaya melandaikan graf.
Namun disebalik kejayaan iut masih terdapat impak lain yang perlu ditangani selain ekonomi, rakyat juga terasa kesanya. ramai yang hilang kerja dan punca pendapatan. Admin sendiri masih belum dapat memulakan perniagaan di Pasar Malam yang selama ini menjadi sumber kewangan keluarga.
Imbas pula dua minggu sebelum COVID sekitar penghujung bulan Februari atau kelendar hijrah 1441 rasanya bulan Jamadilakhir /Rejab, pentadbiran negara yang di tadbir oleh pemerintah dari gabungan Pakatan Harapan bergolak. Perletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 memaksa campurtangan Istana.
Tempoh dua minggu dikira lama Malaysia berada di bawah pentadbiran Istana secara direct dan parlimen Malaysia tergantung. di sini sekali lagi ke unikan sistem Raja Berpelembagaan menyelamatkan negara dari huru-hara ketika peralihan kuasa. tapi di media sosial usah cakaplah jika dilukis peprangan yang berlaku lebih dasyat dari WW2 kot 😄.
Tahun ini juga umat islam kehilangan 6 orang ulama muktabar 2 diantaranya dari Malaysia, Allahyarham Ustaz Ismail Kamus dan Ulama Tasawwuf Ustaz Syeikh Mohd Paiz Bin Syeikh Ahmadi . perginya ulama-ulama ini umpama hilanganya butiran bintang di dada langit, memberi panduan kepada pelayar di lautan tika diselubungi malam.
sudah sampai masanya umat islam muhasabah, semak semula amalan-amalan selama ini. Renung kembali apa yang telah kita lakukan sehingga menggundang murka yang Maha Esa.
Bulan depan Ogos, kita telah masuk tahun baharu Hijjrah 1442, mudah-mudahan kita lebih bertakwa dan berjaya sebagai mukmin. jangan sesekali putus doa semoga Allah tempatkan kita sebaris mereka menjadi kekasihNYA.
Allah hu aklam
-ra-
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Lebuhraya Persekutuan… Dia juga harus berterima kasih DJ radio yang sudi memberi maklumatkan kesesakan. Dia memandu...
-
Pergilah Abang dengan tenang... Terima kasih abang Jalil atau Ayah Anjang anak-anak aku panggil. Selama ini sangat banyak membantu aku satu ...